August 20, 2012 · 6 Comments
PENULIS cukup senang dengan pelbagai cerita tidak menarik mengenai pentadbiran negeri Selangor yang dijaja rakyat Selangor sendiri yang pulang beraya ke kampung sempena dengan sambutan hari raya sekarang ini.
Selama hari ini tenat penulis kempen, masih ada juga seorang dua yang tidak percaya. Tapi setelah berita dari sumber sendiri mengesahkan apa yang penulis kempenkan, barulah masing-masing nak yakin.
Rata-rata berkongsi pengalaman mereka dengan sanak saudara di kampung. Tidak setakat itu, ada nasihat yang diberikan kepada mereka yang berangan-angan nak memilih Pakatan haram ini sebagai kerajaan baru negeri dalam pilihanraya akan datang – lupakan sajalah atau hadapi masalah yang mereka hadapi sekarang.
Sampah tidak berkutip, gangguan air yang kerap, janji banyak tak laksana, kronisme, keadaan jalan dan seumpama dengannya, adalah antara intipati penting yang disampaikan mereka bila ada kesempatan berbual tentang hal politik. Ada juga diselitkan tentang rumah urut dan kegiatan gansterisme yang berkaitan dengan pusat maksiat ini.
Pendek kata, semua masalah yang bukan baru kepada kita semua di alam maya ini, cuma yang ini keluar dari mulut 'mangsa' sendiri.
Seronok rasanya melihat mereka membandingkan keselesaan di kampung – keselesaan sama di rumah sendiri yang beransur hilang sejak Pakatan haram ini mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mac 2008.
Majoriti dari orang ini bukan penyokong BN pun tapi mereka cakap apa yang mereka rasai sendiri, getirnya kehidupan di Selangor dibanding dengan ketika zaman BN memerintah dulu.
Pada penulis, 'kempen mulut ke mulut' ini adalah peluru paling ampuh untuk memadam semua pembohongan Pakatan haram ini mengenai keadaan sebenar di Selangor yang kononnya aman dan makmur di bawah pemerintahan mereka.
Hanya kerana marahkan Dr. Khir Toyo beri penyapu kepada YDP PBT yang gagal menjalankan tugas, mereka menanggung risikonya sekarang dengan menyerahkan negeri tersebut kepada pihak yang salah.
Akhirnya sekarang, semua PBT pun gagal menjalankan tugas dek kepincangan kerajaan negeri, baru nak nampak rasional disebalik tindakan Khir Toyo dulu.
Itupun katanya tak boleh nak salah mereka juga sebab pilih pihak yang salah jadi kerajaan negeri. Sebelum Mac 2008, rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia tak tahupun PKR dan PAS akan berpakat dengan DAP untuk bentuk kerajaan.
Ketika itu Pakatan Rakyat belum ada, yang ada ialah Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai PAS dan PKR setelah DAP keluar pada 2003 kerana tidak setuju dengan draf hudud di Terengganu.
Buktinya, dalam manifesto BA tahun 2008 untuk Selangor (yang banyak janji tak tepat itulah), yang ada hanya muka Khalid dan Hasan Ali, muka Ronnie Liu dan Teresa Kok (Menteri Besar sebenar sekarang) mana ada!!
Lagipun tak siapa yakin PAS akan bekerjasama dengan DAP disebabkan idealogi masing-masing yang bertentangan antara satu sama lain. Siapa sangka demi kuasa dan wang, mereka sanggup ketepikan perjuangan (sebut Islam) asal dapat bentuk kerajaan!!
Ya tak ya juga.
Tidak mengapalah, yang dulu jadi tauladan, jangan nak diulang dalam masa hadapan. Sememangnya sekarang pun BN semakin kuat di Selangor sebab banyak betul yang pincang untuk dijadikan peluru.
Cuma harapannya dengan penerangan sendiri dari yang mengalami masalah ini, akan menipiskan lagi peluang Pakatan haram untuk menawan Putrajaya dan lebih banyak negeri dalam PRU13 nanti.
By Adamyan
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治



















