Barisan Nasional (BN) Social Political Buzz & Bulls

Khalwat: Teori Konspirasi Pulak Dah

February 27, 2012   ·   12 Comments

Tu dia, dah mula dah drama tangkap sayu meraih simpati. Pantang kena atas dahi sendiri mulalah bercerita perihal konspirasi itu ini.

Dah jadi macam trademark PKR pulak, semuanya follow skrip sama mengikut ajaran Ketua Umumnya yang mahir mencipta alasan berlapis-lapis tentang teori konspirasi semata-mata untuk menyelamatkan tengkuk sendiri. Bapak borek anak rintik.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.

"Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

"Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

"Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini," katanya kepada FMT.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Selangor melalui satu kenyataan semalam mengarahkan Badrulamin untuk mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan itu.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Mudah sungguh jadi pemimpin pembangkang ni yea, asal saja terbabit kes yang memalukan diri cara paling senang nak elak dipersoalkan oleh penyokong sendiri maka dijadikan UMNO sebagai kambing hitam.

Sampaikan si suami kepada wanita itu pun dituduh sebagai dalang untuk memalukannya. Entah sifir moraliti mana yang digunakan untuk menafikan hak suami dalam mempertahankan maruahnya sebagai seorang lelaki yang berhak ke atas isteri sendiri.

Dari Rompin hingga ke hotel di Kuantan, apa pasal tak cerita sekali yang isteri orang itu pun berkonspirasi sama?

Wanita & anaknya berada di hotel tu bersama siapa pada awal kejadian? Siapa yang bantu isteri orang itu dengan memberi bilik penginapan konon atas dasar simpati & tanggungjawab?

Tu cerita pasal kena belasah dek 20 orang gangster, laporan polis dah buat ke belum?

Dakwaan kononnya si ibu kepada wanita tersebut ada di tempat kejadian dah tak nak ulas sekali ke? Tambah la sedikit perisa yang si ibu wanita itu pun berkonspirasi juga supaya jalan ceritera pasal teori konspirasi ini lebih mantap.

Sikit-sikit konspirasi, diri sendiri yang cari pasal buat kaunseling rumahtangga waktu dinihari di hotel, orang lain pula yang nak disalahkan.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Selepas Selamatkan Bini Orang, Badrulamin Rela Undur Untuk Selamatkan Perjuangan PKR

Gambar Badrul Amin, Isteri Tua Dan Isteri Orang Di JAIP Siang Tadi

Badrulamin tak perlu meraih simpati dari orang ramai dengan menuduh ini semua perangkap dari Umno... tunggu saja gambar atau video yang dirakam pihak JAIP ketika membuat serbuan. Takkanlah tergamak suami kepada wanita yang dipercayai berkhalwat tersebut menerima wang rasuah dari Umno untuk memerangkap Badrulamin! Hebat betul drama Perjuangan PKR!

Dibawah petikan dari Bernama...

"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Dr. Badrulamin berkata, cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Dr. ! Badrulam in yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd. Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr. Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada pukul 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pukul 6.20 petang.

Dr. Badrulamin berkata, beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Dr. Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Liwatlah, Zinalah, Khalwatlah, Lepas Tu Salahkan UMNO

February 27, 2012   ·   37 Comments

badrul_salahkanUMNO

INDAH, memang indah menjadi ahli parti pembangkang di Malaysia.  Hampir semua kesalahan yang dibuat, sudah ada pihak yang akan menanggung kesalahannya, tidak lain tidak bukan, UMNO.

Jenis bodoh ini dimulakan Ketua Umum yang terperangkap dengan macam-macam skandal, dengan jantan, dengan perempuan, yang belum dengan binatang.  Untuk menutup salah lakunya, dia gemar mengalihkan perhatian kepada UMNO, entah taktik yahudi mana dia pakai.

Alah yahudi tulah, yang nak dilindungkan keselamatannya tu.

Soalannya sampai bilalah agaknya UMNO akan dikaitkan dengan insiden-insiden moral yang melibatkan pemimpin pembangkang?  Kalau difikirkan pulak, apa hebat Badrulamin yang UMNO nak bersusah payah untuk rencanakan kes khalwat ini?  Dia bukan besar mana pun, bertanding dari 1999 sampai sekarang pun tak pernahnya yang menang.

Itu kalau betullah UMNO ini parti yang gemar mereka-reka kes sebegini untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang terutama asal PKR.  Masalahnya takde pun.  Macamlah kita takde kerja lain nak dibuat.

Rakyat sebetulnya dah muak dengan pendekatan yang macam ini.  Anwar pun tahu tu tapi sebab dendam membuak dalam dada sebab UMNOlah punca dia tak boleh nak meneruskan 'aktiviti' yang dimula dari belakang.  Selama ini Anwar mewah dengan jantan, mewah dengan bini orang, mewah dengan perempuan, datang UMNO kasi dedah dan dia tak boleh nak teruskan aktiviti itu semua dah.

Sebab itu Anwar macam orang gila talak, sikit-sikit UMNO, sikit-sikit UMNO, apa dah tak de nama lain ke?

Sampaikan hal Badrulamin tertangkap khalwat pun salahkan UMNO juga.  Eh, siapa yang ajak perempuan tu datang?  Siapa yang ajak masuk bilik?  Apa kaitan UMNO dengan lelaki perempuan itu dan sebagainya.

Semua ini perlu dijelaskan dulu, bukan semborono menuduh UMNO, UMNO.  Tapi macam selalu penulis katakan, untung Anwar, untung Badrulamin ialah depa ada penyokong yang tak pernah guna otak setiap kali berfikir, sebab itu pendekatan yang semacam ini laku sesaja.

Penulis gesa, Badrulamin cepat-cepat cuci dosa dengan Nik Aziz.  Nik Aziz dia macam paderi juga (penulis sebut macam), boleh kasi clear dosa orang yang terlibat hal-hal macam ini.  Bukti dah banyak, Eli yang tak beragama Islam pun Nik Aziz juga cuci dosanya.  Gamaknya dah takde paderi lagi yang boleh cucikan dosa Eli sehingga perlu Nik Aziz juga cucikan.

Lagipun ia sudah jadi seakan SOP yang tidak tertulis dalam Pakatan harami pembangkang.  Asal kantoi jumpa Nik Aziz, asal kantoi, jumpa Nik Aziz.

Bila nak berubah pun tak tahu.

Sebetulnya ini bukan salah UMNO, tapi salah sendiri sebab tak boleh nak kawal nafsu serakah tu.  Tak cukup-cukup dengan 'telaga-telaga' yang ada, 'telaga' orang punya juga nak diambiknya.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

HOT : SIAN NURUL IZZAH..NASIB BAIK MATANYA TAK LEBAM KENA TUMBUK??


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

**Ada ke patut nak tumbuk muka Nurul Izzah yang comey tu...sian la kat dia...cuba tengok...belum lebam lagi dia dah spin cerita mata bapa yang lebam dulu...cuba bayangkan kalau mata nurul izzah betul betul lebam..apa pula nanti dispinkan... EH LUPA PULA NAK TANYA NURUL IZZAH...MACAM MANA DIA BOLEH TAHU MAMAT TU DATANG NAK TUMBUK MATA DIA?? PELIK JUGA??
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Guan Eng lakukan provokasi perkauman


Kalau korang tengok video yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang mula-mula cetuskan provokasi terhadap orang melayu di speakers corner Penang adalah Lim Guan Eng.

Ketua Regim DAP tu bukan saja tak mahu jawab soalan yang ditanyakan oleh rakyat, malah dia dengan sombong dan bongkaknya berkata, "Ini UMNO tak payah cakaplah."

Korang boleh rujuk pada permulaan video di tempat kejadian yang gua letakkan dibawah artikel ni.


Bermula dari situ, kebanyakan pencacai DAP mula mengejek orang Melayu dikawasan tersebut dan dari situlah tercetusnya pergaduhan.

Kalau nak dikatakan orang Melayu yang yang mula lakukan provokasi seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, mustahil beb..

Malaysiakini sendiri mengaku bahawa orang Melayu disitu hanya sekitar 50 orang. Yang selebihnya tu adalah penyokong DAP yang terdiri dari 99.9 peratus kaum cina.

Jadi secara logiknya.., kalau dah 500 nak lawan 50.., siapa yang kepung siapa?

Sepenuhnya di MPP Online sini


Dia besar kepala pasal Cina ramai. Adakah apabila dia lagi berkuasa orang macam gini akan peduli Melayu?

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

30 RIBU DI PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA BN SELANGOR !

30 RIBU DI PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA BN SELANGOR !

jentera pilihanraya BN selangor dah dikumpulkan.
semalam hampir 30 ribu jentera berkumpul di port klang.
ramai lagi yang tak dapat hadir.
semangat jentera BN luar biasa..
pakatan selangor makin dihimpit masalah.
masalah moralnya.
masalah kalid gagapnya.
masalah pas dan hasan ali nya.
masalah anwarnya.
yang sorang lagi pi selesaikan masalah dengan bini orang jam 3 pagi..
BN selangor wajib tingkatkan momentum serangan !
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

PAS sudah rosak - Tn Guru Hj Abdullah Sa'amah


NAMA Abdullah Sa'amah akhir-akhir ini menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang acapkali mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, yang menjadi lokasi pengajian ilmu agama dalam kalangan anak muda ini, tidak takut berhadapan kecaman asalkan beliau menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan hala tuju Pas yang dilihatnya semakin tersasar daripada landasan asal perjuangannya untuk menegakkan negara Islam.

Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini kerana, beliau melihat kecelaruan Pas semakin ketara sejak membentuk pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sokongan Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau dan terbaru, kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara haram Israel, tidak boleh diterima sama sekali oleh Abdullah.

Dalam pertemuan singkat di pondok beliau baru-baru ini, Abdullah berkongsi pandangannya dalam beberapa isu mengenai Pas dengan wartawan YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR bersama-sama jurugambar, AIZZUL ABDUL MAJID.

"Pas ini adalah sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah belah orang Islam dan Islam," kata Abdullah.

MINGGUAN: Bagaimana ustaz melihat Pas sekarang?

ABDULLAH: Saya melihat Pas akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majorit! i, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.

Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.

Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.

Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.

Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh 'akidah taksim', 'akidah tasbih' dan syariat 'alla mazhab', 'alla kitab', 'alla ulama' dan ini adalah sesat.

Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.

Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.

MINGGUAN: Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?

ABDULLAH: Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.

Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.

MINGGUAN: Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?

ABDULLAH: Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancu! r, hancu r lebur kita.

MINGGUAN: Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH: Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

MINGGUAN: Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?

ABDULLAH: Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.

Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.

MINGGUAN: Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam, adakah kemungkinan Pas bersatu dengan UMNO?

ABDULLAH: Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, 'bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.' Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, ! cuma pen ipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.

MINGGUAN: Bagaimana pula dengan perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan?

ABDULLAH: Pada pandangan saya perubahan itu berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.

MINGGUAN: Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah?

ABDULLAH: Dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.

MINGGUAN: Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?

Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan?

ABDULLAH: Nama parti Islam, tak jadi soal. Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

MINGGUAN: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah. Apa komen ustaz?

ABDULLAH: Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang meny! ata seti a dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, "Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah." Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.

Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.

Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.

Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.

MINGGUAN: Sejak dulu, Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas, apa pandangan ustaz?

ABDULLAH: Nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.

UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia?

Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.

MINGGUAN: Macam mana perjalanan politik Islam yang sepatutnya?

ABDULLAH: Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.

Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.

Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambi! l yang s ecara darurat, ini terpaksa.

Kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.

MINGGUAN: Apa nasihat ustaz kepada rakyat Malaysia menjelang PRU13 ini?

ABDULLAH: Saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.

Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.

Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan, buanglah Nik Aziz, buanglah Pas.

MINGGUAN: Ustaz bersedia menerima kritikan dan hentaman daripada Pas berikutan pendirian Ustaz ini?

ABDULLAH: Saya sedia menerima 24 jam, kalau nak kritik pun tak apa, kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita,

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

BN ~ Being Nuts ignoring pro govt Bloggers

I have been letting things slide here in Bolehland ; not wanting to comment on all the latest political circus that has been going on because frankly, I'm sick of all the theatrics that the ruling authorities are putting up and also sort of bored watching this whole hullabaloo about Hassan Ali becoming the 3rd force in Malaysian politics!


Really? 3rd force?


Hello brother...when Ronnie Liu threw a tantrum protesting that the Anchor, Carlsberg, Tiger beers be returned to the 7-11 Shah Alam outlet, the '3rd Force' capitulated like nobody's business and even hugged that 'towkay' like long lost buddies!


All humbug! I'm no fan of Khalid Samad but the fella hit the nail on the head when he said Hassan Ali went el loco as of lately because he was robbed of the chance to be the 'new' Selangor Menteri Besar when the UMNO-PAS secret talks turned sour and due to Nik Aziz's surgical strike at the vein of such talks.


Yes. I'm all for the union of Muslims here in Malaysia but at the same time I do happen to be a realist.


There's no way PAS and UMNO will ever forge together. Its like trying to hammer in a square into a round hole. Problem bro!


On one hand, we have UMNO with its tradition of not challenging the leaders and kowtowing to the hierarchy as it has always been from the days of Tunku Abdul ! Rahman.< /span>


The way things are going on here in Bolehland ; Najib is trying his level best to shore up his influence and power base by going all out to woo the public ; his wife is adamantly stuck in her own glamour seeking ways and the madame doesn't give a hoot about calls for her to be modest in her appearance.


The poor woman is sort of stuck in the 'sanggul karan' 60s time tunnel. 


My sincere condolences to Najib. Nasib badan le brader.....


Now, for the matter that I read about bloggers not being of importance to people like Maslan and Rais Yatim due to maybe his experience in getting tarred and feathered by Azimuddin the Sharpshooter guy, it doesn't make any difference to us bloggers either for most of us are not salaried by them or any other party either?


We who blog about matters here in Bolehland do so out of our own personal concern for the welfare of the people and this nation.


I for one am impartial. I don't care who the hell anyone is and will state the truth out here in my blog and my only concern is for justice to prevail.


I am not in the slander business either and will only publish matters that are proven to be factual and not based upon hear say or unfounded allegations about matters that are of! concern to us as a nation?


I do receive emails every now and then from anonymous chaps who ask that their identities not be published online spilling the beans about this and that project in the act of whistle blowing?


Sorry bro. In my blog, if you do not have it in you to identify yourself, whatever you share with me will never see the light of day in Mahaguru58 and will automatically end up in my Spam folder and get deleted el pronto as well.


Don't wish to keep anything incriminating in my pc. No thank you.


If the BN is serious in retaining its power, it will be foolhardy of it in ignoring the mainstream pro government bloggers.


Although chances of us veering over to the other pack of political aspirants is really slim, those in 'power' can forget about getting it easy in the next GE for sure for as they say, ' the pen is still mightier than the sword!'


As Retired Petaling Jaya ACP Tuan Haji Osman Bakar used to say 'I don't cause wrongful loss to others and wrongful gain to me and I don't destroy the environment and preserve nature. Do some good deeds along the way to the final destination!'


BN will be absolutely Being Nuts in rubbing the pro government bloggers the wrong way. 


Are those 'dismissing us off' willing to risk seeing us blog against you?


'If appeasing our enemies is not the answer, neither is hating them...


Somewhere between the extremes of appeasement and hate, 


there is a place for courage and strength to express ourselves in magnanimity and charity,


and this is the place that we must find!' 
A.WHITNEY GRISWORLD
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

HOT : KENYATAAN TERBARU USTAZ KESAYANG ANWAR MELAMPAU!! GADAI MARUAH ISTERI HANYA UNTUK JATUHKAN NYA??



Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

JAIP Nafi Tangkapan Badrulamin Dirancang,Blogger Berkonspirasi


SHAH ALAM,27 FEB : Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Dr Badrulamin Bahrom sengaja dirancang penguatkuasanya.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz, tangakap berkenaan dibuat atas laporan yang diperoleh badan itu.

"Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot," katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Badrulamin dijangka tiba untuk memberi keterangan di pejabat Bahagian Penguatkuasa Jaip kira-kira jam 3 petang ini.

Adalah difahamkan Jaip juga akan merakam kenyataan suami isteri yang terbabit dalam kes itu.

Kes Badrulamin disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurut Ghazali, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
"Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya-Antarapos

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

"Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

"Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
"Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini," katanya-AIDC


Pisau kata "Badrul tuduh blogger dan Umno konspirasi jatuhkan dia plak? "


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Tuala Lembab Jadi Bukti?!Kempen Selamatkan Ustad Badrol Di Lancarkan!



Hanya kerana mengadakan khidmat masyarakat bersama bini orang didalam bilik,Ostad Badrul Burit Al-khalwati telah ditangkap oleh pihak JAIP.

Tahukah anda Badrul burit ini membantu isteri orang menyelesaikan bill air yang tertunggak.Mengenangkan kerajaan Selangor yang memberi air percuma maka adalah tidak menjadi hal jika Badrul menghantar air dari Selangor ke Kuantan secara percuma.Bukankah ini satu khidmat masyarakat yang dipandang mulia oleh PKR dan Pakatan?

Atas hak kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh PKR dan Pakatan,tindakan oleh JAIP menangkap Badrul adalah satu pencerobohan hak beliau sebagai lelaki yang berkeinginan mengentot seorang wanita hatta isteri orang sekali pun.

Kempen selamatkan Badrol Burit at all cost telah dilancarkan,keratan dari blog pakatan dibawah membuktikan walaupun ditangkap mengentot dengan isteri orang,asalkan member diaorang mesti dipertahankan at all cost.Ini seperti mana yang dilakukan oleh puak haprak dalam mempertahankan Anwar dan Mat Sabu.


Sama ada Ustaz ni benar atau Salah, adalah menjadi tanggungjawab kite untuk pertahankan die.

Sebab apa? Kerana die member kite, kalau dia tercemar bukan PKR sahaja tercemar tapi seluruh PAKATAN akan turut sama.

Sebelum cerita ini menjadi sahih. Apa perlu kita buat?

1. Cemarkan imej JAIP.
2. Cemarkan imej suami wanita tersebut.
3. Cemarkan imej saksi (jika ada).

Sebelum apa2 terjadi kita mesti mulakan dulu... pre emptive strike!"


Pisau kata " seperti biasa,puak haprak pakatan akan menghalalkan yang haram"


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

CILI KASI TARUK! BADRUL AMIN AL KHALWATI DIMAKAN KATA-KATANYA SENDIRI!?

Aku suka apa yang ditulis oleh Ameno World semalam, dia dah tak tau nak pusing macamana maka dia mengalah jugak siap tunjuk seorang pengomen yang telah meninggalkan komen di blog dia. Akhirnya semua dah akui memang sah Badrul Amin, Ustaz Syaitan ni ditangkap khalwat.

3 malam dia simpan bini orang. Untuk apa? Menurut orang yang komen di blog Ameno World tu, Badrul Amin al Khalwati memang sah-saha menipu sebab yang menampar dia adalah suami kepada perempuan itu dan takde pun 20 orang kat sana. Apa ni Ustaz Syaitan? Dulu kau kata Asri dan Harussani ni syaitan, sekarang siapa yang syaitan?

Aku nak share dengan korangapa yang pernah dikatakan oleh manusia syaitan yang kebas bini orang ni!

Dulu dia maki hamun dan memperlekehkan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu ceramah Pas dan PKR di Kelantan.

Dr Badrul Amin menyamakan Mufti Perak dengan Raja Berdengung dalam cerita P. Ramlee. Kenapa beliau menghina seorang Mufti dengan memberi gelaran sebegitu?


Sekarang siapa pula harus taubat?

Atau sindiran Husin Lempoyang sini, Badrul kata dia dah banyak jual keset Zikir Munajat dan banyak bertaubat dulu, takyah taubat sekarang?

Kalau tak cukup, baca apa ditulis oleh blogger MIK kat sini

Inilah wajah sebenar PKR! Dari ketua hingga ke balaci semuanya cakap tak serupa bikin. Sememangnya SEX dan PKR tak boleh dipisahkan! Wahai PAS, sudah tiba masanya korang kena nilaikan semula hubungan korang dengan PKR ni atau korang memang suka mereka suka bergelumang dengan LENDIR dan KUNYIT?

 Keris Putera pun ada kisah menarik, KLIK SINI
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

PENDEDAHAN BERAPI! APA MOTIF PEMBANGKANG YANG SEBENAR DALAM MEREKA MENENTANG ISU LYNAS INI!?

Rare Earth, bahan Nadir Bumi atau boleh dipanggil sebagai tanah jarang


Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat 'anti-ekonomi' oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.

Antara produk yang menggunakan bahan dihasilkan dari tanah jarang


Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.

Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.

Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai 'tanah jarang' ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.

Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.

"Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya,"


ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.

YB Che Rosli, Saintis Nuklear tempatan, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.


Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.

Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan 'tabii' dan lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.


Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.

Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.

Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.

Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.

Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai risiko rendah.

Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.

Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.

Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.

Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.

Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas. Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.

Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing. Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.

Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang. Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak. Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang b! odoh bag i pembangkang.

Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.

Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana.

Kata Ustaz Hadi,

"Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear…."


Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan terhadap kilang Lynas hari ini adalah, "tidak saintifik dan tidak akademik". Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.

Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,

"… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah,".


Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.

Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohor Malaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi 'zomba terlampau'.

Sumber: Kickdefella

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

MCA a stronger and united party: Soi Lek - New Straits Times

| Last updated at 02:08PM

KUALA LUMPUR: The MCA has emerged more united and stronger today after surmounting many crises, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek declared at the party's 63rd anniversary celebration attended by more than 3,000 delegates, the highest turnout at any such a gathering of the party.

Two years ago, MCA was at a crossroads, but after a new team (of leaders) was elected, the party has been working hard to regain the trust of the people and make itself relevant again, he told the delegates at Dewan San Choon, here.

"We have to accept the fact that the people won't support a party that is besieged with problems. We have to set our priorities right so that we can move in one direction. The way forward is to be in sync with one another and work in one common effort but having many goals," he said.

Dr Chua said there is no room for splinter groups within the party as it will destroy what the party has built in the last six decades and there is no denial that there is internal bickering but the priority now is to build a strong foundation of growth for the party as well as the nation.

He said MCA needs to continue to evolve, innovate and anticipate so that the party can be an inspiring force in the Malaysia of tomorrow. - Bernama

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...